Wednesday, June 10, 2015

SEJARAH RINGKAS



Mukim Parit Bakar mula diteroka pada tahun 1911 oleh Orang Kaya Abu Bakar bin Bedu yang berasal dari Padang berketurunan Bugis. Kawasan awal yang diteroka asalnya dikenali sebagai Belantapuri dan kini Pekan Parit Bakar. Beliau bersama rakannya Ahmad bin Bodin atau gelarannya Long Mamat berniaga getah dengan menjualnya melalui Siak, Sumatera. Ketika itu Siak merupakan tempat persinggahan pedagang dari semua pelusok dunia.


Mereka juga telah membawa masuk orang dari Siak untuk meneroka tanah bagi meluaskan tanaman getah sehingga wujunya kampung-kampung yang terdapat di kawasan berhampiran Parit Bakar iaitu Parit Amat dan Parit Payong. 

No comments:

Post a Comment