Mukim Parit Bakar mula diteroka pada
tahun 1911 oleh Orang Kaya Abu Bakar bin Bedu yang berasal dari Padang
berketurunan Bugis. Kawasan awal yang diteroka asalnya dikenali sebagai
Belantapuri dan kini Pekan Parit Bakar. Beliau bersama rakannya Ahmad bin Bodin
atau gelarannya Long Mamat berniaga getah dengan menjualnya melalui Siak,
Sumatera. Ketika itu Siak merupakan tempat persinggahan pedagang dari semua
pelusok dunia.
Mereka juga telah membawa masuk orang
dari Siak untuk meneroka tanah bagi meluaskan tanaman getah sehingga wujunya kampung-kampung
yang terdapat di kawasan berhampiran Parit Bakar iaitu Parit Amat dan Parit
Payong.